PROSES mencorakkan pemakanan anak haruslah bermula sedari kecil kerana melalui makananlah mereka mendapat tenaga, serta dapat membantu pertumbuhan fizikal dan mental yang sihat. Makanan terbaik ialah makanan yang dihasilkan sendiri oleh air tangan ibu di rumah. Adakalanya memang sukar menyuruh anak makan, berbagai cara yang dilakukan untuk menarik perhatian mereka.Perubahan selera anak kadang kala boleh berubah secara mendadak.
Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menguja minat anak untuk mencuba makanan yang dimasak dan dalam masa yang masa khasiat dalam makanan dikekalkan. Yang penting kerajinan dan kreativiti ibu untuk mencuba. Semua resepi yang dikongsikan di sini , boleh dijadikan panduan buat semua ibu sama ada anda ibu bekerja atau pun anda adalah ibu di rumah.