skip to main | skip to sidebar

Resipi Untuk Anak

SPAGETI BOLOGNISE

00:10 | Publish by Azleen



Bahan-bahan
1 peket spageti (direbus sehingga lembut)
3 sudu pes tomato
100gm daging cincang (ayam atau lembu)
2 biji bawang besar (dicincang)
5 ulas bawang putih (dicincang)
2 biji tomato (dicincang)
2 helai daun bay
keju parmesan

Cara memasak
1.Tumiskan bawang putih, bawang besar, tomato dan daun bay sehingga wangi.
2.Masukkan air, pes tomato dan daging cincang. Gaul rata.
3.Masukkan garam secukup rasa.
4.Hidangkan kuah di atas spageti dan tabur keju parmesan.

0 comments

BIHUN GORENG PUTIH

01:00 | Publish by Azleen



Bahan-bahan
1 bungkus bihun
15 ekor udang segar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu udang kering
lada sulah
lobak merah (dihiris nipis dan cincang kasar)
taugeh
daun kucai

Cara memasak
1.Bihun direndam sampai lembut.
2.Kisarkan bawang merah,bawang putih dan udang kering.
3.Tumiskan bahan dikisar bersama udang sehingga wangi.
4.Masukkan air dan lobak. Masukkan lada sulah.
5.Masukkan garam, bihun, taugeh dan daun kucai.
6.Gaulkan sehingga bihun masak.

Labels: 3 tahun ke atas 0 comments

KUIH SIPUT

00:46 | Publish by Azleen



Bahan-bahan
1kg tepung gandum
200gm marjerin
3 sudu besar jintan manis (dikisar)
3 sudu jintan putih (dikisar)
daun sup (dihiris-hiris)
daun kari
garam secukup rasa
air

Cara memasak
1.Gaulkan tepung dan marjerin.
2.Masukkan jintan manis dan jintan putih. Gaulkan.
3.Masukkan daun sup dan daun kari.
4.Masukkan garam dan air uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
5.Menggunakan acuan kuih siput untuk buat tepung menjadi bentuk siput kecil.
6.Goreng dalam minyak penuh.

Labels: 3 tahun ke atas 0 comments

TELUR DADAR BERINTI

00:14 | Publish by Azleen

Bahan-bahan
60gm daging ayam tanpa tulang(dipotong kiub)
20gm sayur campur
2 biji telur
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
garam

Cara memasak

1.Tumiskan bawang
2.Masukkan ayam dan sayur campuran.
3.Masukkan garam secukup rasa. Angkat dan letak tepi.
4.Pecahkan telur , kocakkan dan gorengkan dadar.
5.Isikan inti ke atas telur dadar dan gulung.

Labels: 3 tahun ke atas 0 comments

BUBUR MAKARONI

23:08 | Publish by Azleen



Bahan-bahan

50gm makaroni
30gm daging ayam cincang
30gm brokoli
300ml air

Cara memasak
1. Rebus makaroni sehingga empuk dan toskan.
2. Rebus daging ayam bersama air sehingga empuk.
3. Rebus brokoli sehingga lembut , biarkan suam dan kisar kasar menggunakan mesin pengisar.
3. Masukkan makaroni dan brokoli yang telah dikisar ke dalam sup ayam.

Labels: 9 bulan ke atas 0 comments

SUP KENTANG

19:47 | Publish by Azleen



Bahan-bahan  
1 inci halia  
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 2 biji kentang 
suhun
3-4 cawan air 
garam 

Cara memasak
1.Tumbukkan halia, bawang merah dan bawang putih.
2.Tumiskan bahan ditumbuk sehingga wangi . Masukkan air.
3.Masukkan kentang dan kecilkan api biarkan kentang hampir empuk.
4.Masukkan suhun .
5.Tambahkan garam secukup rasa.


Labels: 1 tahun ke atas 0 comments

PEMBUKA BICARA

19:23 | Publish by Azleen

PROSES mencorakkan pemakanan anak haruslah bermula sedari kecil kerana melalui makananlah mereka mendapat tenaga, serta dapat membantu pertumbuhan fizikal dan mental yang sihat. Makanan terbaik ialah makanan yang dihasilkan sendiri oleh air tangan ibu di rumah. Adakalanya memang sukar menyuruh anak makan, berbagai cara yang dilakukan untuk menarik perhatian mereka.Perubahan selera anak kadang kala boleh berubah secara mendadak. 
Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menguja minat anak untuk mencuba makanan yang dimasak dan dalam masa yang masa khasiat dalam makanan dikekalkan. Yang penting kerajinan dan kreativiti ibu untuk mencuba. Semua resepi yang dikongsikan di sini , boleh dijadikan panduan buat semua ibu sama ada anda ibu bekerja atau pun anda adalah ibu di rumah.

0 comments
« Newer Posts
Subscribe to: Posts (Atom)

Pengunjung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

  • ▼  2012 (7)
    • ▼  January (7)
      • PEMBUKA BICARA
      • SUP KENTANG
      • BUBUR MAKARONI
      • TELUR DADAR BERINTI
      • KUIH SIPUT
      • BIHUN GORENG PUTIH
      • SPAGETI BOLOGNISE

Labels

1 tahun ke atas (1) 3 tahun ke atas (3) 9 bulan ke atas (1)
Copyright (c) 2012 Resipi Untuk Anak.
.